Klikkk mane-mane Iklann !!


Kelebihan Membaca Al-Quran ~


سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


Assalamualaikum kekanda dan adindaa . :D

waaa~ Alhamdulilah kerana sehingga hari ni kita masih bernyawa lg . ^^
entry kali ni tentang kelebihan membaca Quran. isi2 entry ni pon saya amek dalam internet je .
sekadar untuk kongsikan kepada kekanda dan adinda sekalian. *hoho :)
sebenarnya rugi tau kalau kita tahu membaca tapi tak amalkan hari2 . 
nak tau sebab ap ? takpe jap lg sy listkan untuk syg2 sekalian.




*ada tak sesiape 'tersentuh' hatinya bila mlihat alQuran ni.
MasyaAllah tenang kann? rasee sejuk je mate :') 
kita tengok pon da rase tenang ,apa lg kalau membacanya.
kalau nk tahu , tengok alQuran pon dpt pahala tao .yaAllah tengok je pon dapt pahala??
sungguh ta diduga Allah itu maha Pemurah- feeling 'terharu' :'D 
Okaystop membebel


sayang2 semua mesti nak tau kann ap kelebihan kalau kita membaca alQuran. Di sini saya ringkaskan dari beberapa petikan quraan dan hadis tentang faedah2 membaca al quraan .
antaranya ::

1. Satu huruf yang dibaca diberi satu kebaikan dan setiap kebaikan akan dilipatkan gandakan sepuluh,

2. Mendapat tempat istimewa diakhirat dengan lebih baik bacaan/tartil lebih tinggi kedudukannya.

3. Ibadat yang paling mulia di antara ibadat.

4. Dapat menghidar dari hati menjadi berkarat

5. Rumahnya dikunjungi malaikat dan banyak kebaikannya. Syaitan menjauhi rumah tersebut

6. Pembaca al quraan disayangi Allah swt dan Rasul saw

7. Allah memuji pembaca alquraan di hadapan malaikat

8. Allah swt menghujani rahmat ke atas pembaca al quraan

9. Mententeram jiwa yang resah

10. Al quraan menemani pembacanya di dalam kubur dari siksaan Mungkar dan Nangkir serta mengatur untuk simati dpd malaikat dari syurga tempat tidur dari syurga yg dipenuhi bauan kesturi

11. Rasulullah swt bersabda: "dihari pengadilan, di hadapan Allah swt , tiada syafaat yg lebih baik darjatnya dari al Quraan, mahupun dari nabi atau malaikat".

12. Dapat membina akhlak yang baik

13. Rasulullah saw bersabda: "Bacalah oleh kamu al-Quran, sesungguhnya (al-Quran) itu datang pada hari kiamat menjadi syafaat kepada pembacanya." (Hadis riwayat Muslim)


14. Rugi bagi orang yang kurang gemar membaca al-Quran kerana Rasulullah banyak menyebut dalam hadis faedah dan fadilat membaca al-Quran.

15. Pembaca al-Quran dinaungi dengan payung rahmat. Dikelilingi malaikat dan diturunkan Allah kepadanya ketenangan dan kewaspadaan.

16. Pembaca al-Quran dikurniakan hatinya dengan cahaya oleh Allah dan dipelihara-Nya daripada kegelapan.

17. Pembaca al-Quran, hatinya tidak gundah dan terlepas daripada kesusahan pada hari kiamat. Hal ini kerana dia sentiasa dalam pemeliharaan dan penjagaan Allah.

18. Rahmat membaca turut diberi kepada ibubapanya pada hari kiamat dengan mahkota yang bercahaya.

19. Mendapat kedudukan yang tinggi disyurga mengikut tartil.

* macam mane ? untungkan orang yg selalu membaca alQuran .so apalagi 
anda mampu mengubahnya . ;)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...